Perjumpaan Pelajar Tajaan Petronas

Arini aku rasa agak stress sebenarnya. Maklumlah, kelas Pasaran Derivatif tadi macam apa je. Lecturer kesayangan aku dengan tiba-tiba naik angin dengan seorang budak cina. Tapi mestilah dia ada buat salah. Kalau tak, tak kan la Dr. Azuddin nak nak naik angin.
Tepat pukul 4, aku keluar bilik kuliah dengan keizinan Dr. Azuddin. Ini semua gara-gara ada perjumpaan dengan Penasihat Pelajar ESU dari Petronas. Terpaksalah aku join mereka tu. Sebenarnya, aku malas nak pergi sebab kalau kat sana, hanya satu bahasa je yang boleh dibualkan iaitu Bahasa Inggeris. BI aku ni dah la macam apa je. Tapi nasib baik mereka faham. Hehehe.. So aku pun berbincang dalam dua bahasa iaitu BM dan BI.
Keseluruhan memang ok la. Sebab kita dapat maklumat terbaru berkaitan dengan penaja kita dan juga maklumat baru berkaitan dengan pasaran kerja di Petronas. So, sebagai scholar mereka, penglibatan dalam kumpulan tu agak memberi manfaat.
Kepada rakan-rakan di luar sana, kalau ada peluang, rebutlah peluang penajaan Petronas. Memang lumayan mereka bagi. Tapi kena apply dulu la. Hohoho..
Petronas.... Aku sedia bekerja dengan mu... Jangan tinggalkan aku...







January 30, 2009 at 5:47 PM
Post a Comment