feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Mesyuarat Acheh Yang Pertama

Mangsa-mangsa Tsunami Acheh

Semalam iaitu pada 8 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat 1 FEP, telah berlangsungnya mesyuarat untuk program ke Acheh pada Jun nanti. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr. Azuddin, telah mencapai kata sepakat untuk menjayakan program tersebut. Kalau tiada aral melintang, program kali ni akan disertai oleh 25 pelajar dan 5 pensyarah pengiring.

Antara motif program ini adalah untuk membawa pelajar merasai sendiri kesan daripada kejadian tsunami yang melanda Acheh pada 2006 dahulu. Sebelum kita pergi ke sana, terlebih dahulu kita akan menyambut kehadiran pelajar mereka ke UKM pada 24 Feb 2009.

Banyak Aktiviti yang telah dirancang. Antaranya membawa mereka ke kawasan IKS, Persembahan power point dari pelajar mereka, dan juga membawa mereka bersiar-siar ke sekitar Putrajaya dan juga KLCC.

Diharapkan semua perancangan ini berjalan dengan jayanya. Kepada para pensyarah, sila lah berikan kami kesempatan ini untuk membuktikan yang sebenarnya kami mampu untuk laksanakan dengan jayanya. InsyaAllah..

Mesyuarat Jawatankuasa




1 comments:
gravatar
En Kid said...
January 15, 2009 at 1:01 AM  

Owh..Acheh..mnarik2..

p/s: ape yang kau terkesima kat blog aku tu?.. :p

Post a Comment