feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Perlu atau tidak seorang kawan?



Owh.. arini, tajuk agak kontroversi sikit. Bukan apa. Ianya disebabkan oleh perbezaan pendapat setiap orang tentang insane bernama kawan. Ada kawan yang betul betul boleh jadi kawan. Tidak kurang juga kawan yang Cuma pandai ambil kesempatan terhadap diri kita ini. Walauapapun, terpulang la pada tafsiran sendiri.
Bagi pendapat peribadi saya pula, kawan ini tidak lebih hanya sebagai tempat untuk menyelesaikan sesuatu masalah duniawi. Ya, kawan sangat penting dalam diri kita, tetapi jika kita tersilap memilih kawan, kita juga yang akan merana nanti.
Untuk dewasa ini, mencari seorang kawan yang betul betul boleh dijadikan sahabat adalah amat sedikit. Tetapi ianya adalah lebih baik dari tiada langsung bukan. Apapun, terpulang la pada individu. Jika mereka merasakan kawan ituhanya sekadar untuk bersuka ria, mereka akan dapat apa yang mereka hendakkan itu. Dan sebaliknya. Pesanan dari saya, carilah kawan yang betul-betul boleh jadi kawan. Kerana jika tersilap memilih, padah sedang menanti di kemudian hari. Teruja saya terhadap pepatah arab berkaitan kawan. Bunyinya seperti begini:
Jika kita berkawan dengan orang penjual arang, kalau tidak kena arangnya, sekurang kurangnya terkena asapnya.
Jika kita berkawan dengan orang penjual minyak wangi, kalau pun tidak dapat minyaknya, sekurang-kurangnya dapat bau wanginya..
Fikir-fikirkan…



Nasihat

Labels:

Nasihat itu kadang kala dapat menenangkan pemikiran dan juga perasaan. Walaupun seketika, namun jika dilihat secara positif dan keseluruhan, ianya mampu menguasai mentaliti untuk terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Tetapi, nasihat juga kadang kala membuatkan diri kita yang tadinya bersemangat menjadi lebih kurang bersemangat. Ini kerana nasihat itu dikeluarkan oleh orang yang mempunyai perbezaan pengalaman. Walaupun aku tidak pandai menghargai orang sekitar, namun aku tahu yang nasihat itu adalah senjata terbaik untuk menasihati orang lain disamping menjadi pengukur kepada kekuatan mentaliti diri sendiri. Moga-moga nasihat yang dikeluarkan itu dapat menerangi hidup penerima tersebut lantas mengubah haluan dirinya menjadi lebih baik dan secara berterusan (istiqamah).



Isu Minyak: Realiti & Fantasi Pelajar IPT

Labels:


Isu minyak yang sudah dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pro kerajaan sebelum PRU 12 hangat diperkatakan. Ianya berterusan sehinggalah ke kemuncaknya semalam .Harga minyak yang naik sebanyak 78sen seliter dilihat sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kewangan kita iaitu golongan pelajar.

Mungkin ramai pelajar yang tidak sedar apakah kesan kenaikan minyak kepada golongan pelajar. Bagi pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), sudah tentu saya menafsirkan permasalahan ini dari segi kewangan pelajar.

Tangki minyak petrol motorsikal saya RG Suzuki adalah RM10 untuk penuh dan bertahan untuk seminggu. Tapi nampaknya ianya akan berganda hampir 40% mulai hari ini. Bukan tidak mahu menerima hakikat, tetapi perubahan drastik ini sungguh memenatkan kepala pelajar untuk memikirkan kesannya. Bayangkan sahaja, jika harga petrol naik, sudah pasti semua harga barang akan turut naik. Makanana naik, harga buku naik, dan ada juga kemungkinan yuran pengajian turut serta naik.

Tetapi bagaimanakah kerajaan menjaga dan membela nasib golongan pelajar yang diwarwarkan bakal menjadi pengganti kepada pemimpin masa kini? Mereka dibiarkan hidup berdikari dengan bantuan yang sedikit tidak sama seperti pelajar di luar negara. Walaupun pada hakikatnya yuran pengajian telah disubsidi oleh kerajaan, namun kos sara hidup yang semakin meningkat sudah pasti menjejaskan kelangsungan hidup pelajar itu sendiri.

Dalam menentukan hala tuju masing-msing, golongan pelajar sebenarnya masih memerlukan bantuan-bantuan lain. Cukuplah pihak pemberi pinjaman kewangan seperti PTPTN, Petronas, Maybank, dan Samsung meningkatkan lagi jumlah pinjaman boleh ubah mereka. Petronas misalnya, walaupun sudah membiayai yuran pengajian, elaun buku, elaun computer dan juga RM500 setiap bulan untuk sara hidup, namun hakikatnya ia masih tidak mencukupi buat masa ini. Mungkin ramai yang mengatakan jumlah itu sudah memadai. Ya, saya akui. Jumlah itu sememangnya cukup untuk menampung kos sara hidup saya malah dengan baki perbelanjaan harian saya ini, saya mampu untuk membuat simpanan setiap bulan. Tetapi bagaimana pula dengan rakan rakan lain yang mengambil jurusan Geologi dimana mereka terpaksa membayar yuran yuran kerja lapangan. Bukankah ianya menambahkan beban kepada mereka?

Dewasa ini, kebijaksanaan menguruskan kewangan sendiri adalaha amat ditekankan. Berbelanjalah secara ala kadar dan mengikut kemampuan. Jangan terlalu boros. Sememangnya RM500 sebulan itu sudah cukup dengan syarat tidak memakan makanan ‘mewah’ saban hari. Cukuplah makan nasi goreng dan air kosong setiap hari. Jika ianya dilakukan, saya pasti anda juga mampu untuk menabung dengan sedikit wang yang anda ada sekarang. Ingatlah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Bagi saya, jumlah yang pihak penaja beri adalah sudah memadai. Cuma apabila ia ditingkatkan sama sepertimana yang dilakukan oleh JPA, ianya sedikit sebanyak dapat membantu ramai lagi pelajar jurusan Geologi dan seangkatan dengannya untuk meneruskan kelangsungan hidup bukan sahaja di IPT awam, malah juga di IPT swasta dan luar negara.



Simpanan Saya Mencecah RMXXXX.XX

Labels:


salam,

haa... arini post lain sikit. bukan nak bg tips pun. cuma nak tanya satu soalan pada anda. berapa wang simpanan anda yang sudah terkumpul? hmm.. tak pasti? terlalu sikit? atau segan nak cakap. hohoho..

baiklah, sekadar pengetahuan sahaja.. saya ingin bgtau rakan2 sekalian yang wang simpanan saya di CIMB tidaklah banyak. Namun mencecah 4 angka ler.. bukan nak menunjuk pun dengan wang simpanan saya. sekadar nak beritahu jer..

ok, setelah sekian lama anda menetap di IPT anda, berapa banyak wang simpanan yang anda telah kumpul? tidak perlu bgtau saya jawapannya. anda sendiri yang tahu. tetapi adakah anda tahu, wang simpanan itu kalau dilabur dalam Bank konvensional, ianya akan mendapat faedah yang mungkin menggandakan wang anda dalam beberapa tahun sahaja.

mana tidaknya, bank tentu sahaja akan memberi faedah kepada para pendeposit mereka sebagai tanda terima kasih kerana memberi pinjaman kepada bank untuk melabur dalam pelaburan yang menguntungkan. dan keuntungan yang diperoleh itu, sebahagiannya disalurkan kepada anda menerusi faedah simpanan. jadi, janganlah terkejut jika wang RM100 masa kini akan menjadi RMXXXXX untuk beberapa tahun akan datang.

kesimpulannya, menabunglah dari sekarang. anda tidak rugi walau sesen pun.. contohi saya ini. hohoho...

daa..



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Labels:


Latarbelakang Syed Mokhtar al-bukhary

* Umur - 53 tahun,
* Pendidikan - SPM,
* Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
* Kekayaan -RM1,425 juta
* Ke 7 terkaya di Malaysia
* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
* Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.>Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan BankMuammalat
* Kereta - Proton Perdana
* Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam,Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
* Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

* 1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
* 2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
* 3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
* 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
* 5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
* 6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
* 7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
* 8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
* 9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
* 10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
* 11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
* 12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
* 13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
* 14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
* 15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
* 16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
* 17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
* 18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
* 19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
* 20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
* 21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
* 22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
* 23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
* 24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
* 25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
* 26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
* 27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
* 28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
* 29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
* 30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
* 31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
* 32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
* 33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
* 34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan



Tips Jimat Wang di Kampus

Labels:


Anda tentu ingin mengetahui bagaimana kite sebagai pelajar mampu menjimatkan duit di dalam kawasan kampus. hohoho.. Bukan mudah untuk dikongsi tips ini. Tetapi, untuk memenuhi kehendak anda semua, saya akan beri satu tips. Tetapi ingat, ini cuma satu saje. Dalam kampus, banyak lagi cara boleh kte buat untuk jimatkan wang.

Ok. Antara perkara yang paling saya selalu buat adalah menjadikan kertas-kertas lama sebgai notepad yang sedia ada. hohoho.. nampak macam cikai. tapi besar peranan kertas-kertas lama. biasanya, pensyarah mempunyai banyak kertas2 yang sudah dipakai. Dengan kata lain, kertas assgment dari para pelajar mereka.

Apabila sudah sekian lama, kertas2 ini akan dilupuskan. So, mula buat muka kesian utk dapatkan kertas tu. biasanya, pensyarah akan bagi percuma jer. hohoho.. tentu anda tidak rasa selesa kan menggunakan barang terpakai sebagai notepad baru anda. tp ingatlah sesuatu, dalam kertas2 yang hendak dibuang itu, ada sesetengah nya yang masih menggunakan note2 dan formula2 dari pensyarah itu. Jadi, ianya masih lagi boleh digunakan.

Lihat, perkara yang simple. But, it gives us a lot of information about that's lecturer subject.. Believe it or not? hohoho... Up to u



D.U.I.T

Labels:


DUIT... sering kali kita tidak mengenali apa yang dimaksudkan dengan duit. Tp sering saje kite menggunakan istilah ini walaupun kite tidak memahami nya. Hohoho!

Baiklah, arini kite akan mengenali maksud duit. DUIT adalah singkatan kepada Doa, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal. Bagi orang yang tidak mengenali nya, jom kite huraikan satu persatu agar semua orang dapat manfaatkan nya dilain waktu.

Doa adalah senjata paling ampuh untuk kite yang bergelar muslim. Tanpa doa, ibaratkan seperti hidup tanpa penharapan. Tp ianya adalah subjektif. Ada orang yang suka berdoa. Tidak kurang gak yang tidak suka. Apapun, doa amat membantu kite dalam menguruskan duit dan juga kehidupan sehari hari kite.

Usaha pula adalah tangga kejayaan. apapun yang ingin kite lakukan, pastikan usaha tu dititikberatkan. bukan ape, cita-cita tanpa usaha ibarat seperti bermimpi di siang hari. That's not the way to get what we want. Everything we need, atleast we've some effort to get it.

Ikhtiar sama seperti usaha. Cuma yang membezakan adalah, ikhtiar lebih kepada cara mendapatkan sesuatu. Dan akhir sekali ialah tawakal. Apapun yang kte lakukan, akhirnya kte haruslah bertawakal kepada pencipta kte. Dia sj yang boleh memberikan ape yang kte hajati asalkan kte telah berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. Dan ingatlah, Allah S.W.T (for Muslim) telah menetapkan bahawa orang yang berdoa dan berusaha untuk memperoleh sesuatu, ia pasti akan dapat. walaupun bukan segera, namun ianya tetap akan diperolehi. InsyaAllah..

Ok, setakat di sini dulu yer.. Saya akan tulis lagi berkaitan pengurusan wang di lain masa. Sampai ketemu lagi..



Salam Perkenalan..

Labels:


Salam,

Nama saya Mohammad Fauzie B. Shafie. Saya ni pelajar tahun 2 Fakulti Ekonomi & Perniagaan kat UKM, Bangi. Blog ini hanya lah sekadar satu tempat untuk saya meluahkan perasaan saya tentang kecintaan saya terhadap dunia kewangan. Hohoho.. Tp ini tidak bermakna yang saya ni mata duitan yer. Sekadar ingin berkongsi pengalaman jer.

Ok la. Apapun, jika anda ada sebarang cadangan untuk penambahbaikan blog ini, anda amat dialu-alukan. Any suggestions that we think it's about money management, I will post here. So, don't hesitate to take your part ok.

Nice to meet u..

Regards,
En, Fauzie