Akhirnya Sampai Jua...
Setelah hampir 2 minggu lebih menunggu, akhirnya sampai jua produk yang aku beli di ebay.com. Sekarang ini, aku cuba beralih minat ke hobi baru iaitu menyimpan wang asing sebagai koleksi peribadi. Hmm.. Ada beberapa gambar yang aku boleh share dengan anda semua.
Monday, January 05, 2009 | 1 Comments
Perlu atau tidak seorang kawan?

Owh.. arini, tajuk agak kontroversi sikit. Bukan apa. Ianya disebabkan oleh perbezaan pendapat setiap orang tentang insane bernama kawan. Ada kawan yang betul betul boleh jadi kawan. Tidak kurang juga kawan yang Cuma pandai ambil kesempatan terhadap diri kita ini. Walauapapun, terpulang la pada tafsiran sendiri.
Bagi pendapat peribadi saya pula, kawan ini tidak lebih hanya sebagai tempat untuk menyelesaikan sesuatu masalah duniawi. Ya, kawan sangat penting dalam diri kita, tetapi jika kita tersilap memilih kawan, kita juga yang akan merana nanti.
Untuk dewasa ini, mencari seorang kawan yang betul betul boleh dijadikan sahabat adalah amat sedikit. Tetapi ianya adalah lebih baik dari tiada langsung bukan. Apapun, terpulang la pada individu. Jika mereka merasakan kawan ituhanya sekadar untuk bersuka ria, mereka akan dapat apa yang mereka hendakkan itu. Dan sebaliknya. Pesanan dari saya, carilah kawan yang betul-betul boleh jadi kawan. Kerana jika tersilap memilih, padah sedang menanti di kemudian hari. Teruja saya terhadap pepatah arab berkaitan kawan. Bunyinya seperti begini:
Jika kita berkawan dengan orang penjual arang, kalau tidak kena arangnya, sekurang kurangnya terkena asapnya.
Jika kita berkawan dengan orang penjual minyak wangi, kalau pun tidak dapat minyaknya, sekurang-kurangnya dapat bau wanginya..
Fikir-fikirkan…
Friday, October 24, 2008 | 2 Comments
Nasihat
Nasihat itu kadang kala dapat menenangkan pemikiran dan juga perasaan. Walaupun seketika, namun jika dilihat secara positif dan keseluruhan, ianya mampu menguasai mentaliti untuk terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Tetapi, nasihat juga kadang kala membuatkan diri kita yang tadinya bersemangat menjadi lebih kurang bersemangat. Ini kerana nasihat itu dikeluarkan oleh orang yang mempunyai perbezaan pengalaman. Walaupun aku tidak pandai menghargai orang sekitar, namun aku tahu yang nasihat itu adalah senjata terbaik untuk menasihati orang lain disamping menjadi pengukur kepada kekuatan mentaliti diri sendiri. Moga-moga nasihat yang dikeluarkan itu dapat menerangi hidup penerima tersebut lantas mengubah haluan dirinya menjadi lebih baik dan secara berterusan (istiqamah).
Friday, October 24, 2008 | 1 Comments
Isu Minyak: Realiti & Fantasi Pelajar IPT

Isu minyak yang sudah dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pro kerajaan sebelum PRU 12 hangat diperkatakan. Ianya berterusan sehinggalah ke kemuncaknya semalam .Harga minyak yang naik sebanyak 78sen seliter dilihat sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kewangan kita iaitu golongan pelajar.
Mungkin ramai pelajar yang tidak sedar apakah kesan kenaikan minyak kepada golongan pelajar. Bagi pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), sudah tentu saya menafsirkan permasalahan ini dari segi kewangan pelajar.
Tangki minyak petrol motorsikal saya RG Suzuki adalah RM10 untuk penuh dan bertahan untuk seminggu. Tapi nampaknya ianya akan berganda hampir 40% mulai hari ini. Bukan tidak mahu menerima hakikat, tetapi perubahan drastik ini sungguh memenatkan kepala pelajar untuk memikirkan kesannya. Bayangkan sahaja, jika harga petrol naik, sudah pasti semua harga barang akan turut naik. Makanana naik, harga buku naik, dan ada juga kemungkinan yuran pengajian turut serta naik.
Tetapi bagaimanakah kerajaan menjaga dan membela nasib golongan pelajar yang diwarwarkan bakal menjadi pengganti kepada pemimpin masa kini? Mereka dibiarkan hidup berdikari dengan bantuan yang sedikit tidak sama seperti pelajar di luar negara. Walaupun pada hakikatnya yuran pengajian telah disubsidi oleh kerajaan, namun kos sara hidup yang semakin meningkat sudah pasti menjejaskan kelangsungan hidup pelajar itu sendiri.
Dalam menentukan hala tuju masing-msing, golongan pelajar sebenarnya masih memerlukan bantuan-bantuan lain. Cukuplah pihak pemberi pinjaman kewangan seperti PTPTN, Petronas, Maybank, dan Samsung meningkatkan lagi jumlah pinjaman boleh ubah mereka. Petronas misalnya, walaupun sudah membiayai yuran pengajian, elaun buku, elaun computer dan juga RM500 setiap bulan untuk sara hidup, namun hakikatnya ia masih tidak mencukupi buat masa ini. Mungkin ramai yang mengatakan jumlah itu sudah memadai. Ya, saya akui. Jumlah itu sememangnya cukup untuk menampung kos sara hidup saya malah dengan baki perbelanjaan harian saya ini, saya mampu untuk membuat simpanan setiap bulan. Tetapi bagaimana pula dengan rakan rakan lain yang mengambil jurusan Geologi dimana mereka terpaksa membayar yuran yuran kerja lapangan. Bukankah ianya menambahkan beban kepada mereka?
Dewasa ini, kebijaksanaan menguruskan kewangan sendiri adalaha amat ditekankan. Berbelanjalah secara ala kadar dan mengikut kemampuan. Jangan terlalu boros. Sememangnya RM500 sebulan itu sudah cukup dengan syarat tidak memakan makanan ‘mewah’ saban hari. Cukuplah makan nasi goreng dan air kosong setiap hari. Jika ianya dilakukan, saya pasti anda juga mampu untuk menabung dengan sedikit wang yang anda ada sekarang. Ingatlah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Bagi saya, jumlah yang pihak penaja beri adalah sudah memadai. Cuma apabila ia ditingkatkan sama sepertimana yang dilakukan oleh JPA, ianya sedikit sebanyak dapat membantu ramai lagi pelajar jurusan Geologi dan seangkatan dengannya untuk meneruskan kelangsungan hidup bukan sahaja di IPT awam, malah juga di IPT swasta dan luar negara.
Wednesday, June 11, 2008 | 1 Comments






