Isu Minyak: Realiti & Fantasi Pelajar IPT

Isu minyak yang sudah dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pro kerajaan sebelum PRU 12 hangat diperkatakan. Ianya berterusan sehinggalah ke kemuncaknya semalam .Harga minyak yang naik sebanyak 78sen seliter dilihat sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kewangan kita iaitu golongan pelajar.
Mungkin ramai pelajar yang tidak sedar apakah kesan kenaikan minyak kepada golongan pelajar. Bagi pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), sudah tentu saya menafsirkan permasalahan ini dari segi kewangan pelajar.
Tangki minyak petrol motorsikal saya RG Suzuki adalah RM10 untuk penuh dan bertahan untuk seminggu. Tapi nampaknya ianya akan berganda hampir 40% mulai hari ini. Bukan tidak mahu menerima hakikat, tetapi perubahan drastik ini sungguh memenatkan kepala pelajar untuk memikirkan kesannya. Bayangkan sahaja, jika harga petrol naik, sudah pasti semua harga barang akan turut naik. Makanana naik, harga buku naik, dan ada juga kemungkinan yuran pengajian turut serta naik.
Tetapi bagaimanakah kerajaan menjaga dan membela nasib golongan pelajar yang diwarwarkan bakal menjadi pengganti kepada pemimpin masa kini? Mereka dibiarkan hidup berdikari dengan bantuan yang sedikit tidak sama seperti pelajar di luar negara. Walaupun pada hakikatnya yuran pengajian telah disubsidi oleh kerajaan, namun kos sara hidup yang semakin meningkat sudah pasti menjejaskan kelangsungan hidup pelajar itu sendiri.
Dalam menentukan hala tuju masing-msing, golongan pelajar sebenarnya masih memerlukan bantuan-bantuan lain. Cukuplah pihak pemberi pinjaman kewangan seperti PTPTN, Petronas, Maybank, dan Samsung meningkatkan lagi jumlah pinjaman boleh ubah mereka. Petronas misalnya, walaupun sudah membiayai yuran pengajian, elaun buku, elaun computer dan juga RM500 setiap bulan untuk sara hidup, namun hakikatnya ia masih tidak mencukupi buat masa ini. Mungkin ramai yang mengatakan jumlah itu sudah memadai. Ya, saya akui. Jumlah itu sememangnya cukup untuk menampung kos sara hidup saya malah dengan baki perbelanjaan harian saya ini, saya mampu untuk membuat simpanan setiap bulan. Tetapi bagaimana pula dengan rakan rakan lain yang mengambil jurusan Geologi dimana mereka terpaksa membayar yuran yuran kerja lapangan. Bukankah ianya menambahkan beban kepada mereka?
Dewasa ini, kebijaksanaan menguruskan kewangan sendiri adalaha amat ditekankan. Berbelanjalah secara ala kadar dan mengikut kemampuan. Jangan terlalu boros. Sememangnya RM500 sebulan itu sudah cukup dengan syarat tidak memakan makanan ‘mewah’ saban hari. Cukuplah makan nasi goreng dan air kosong setiap hari. Jika ianya dilakukan, saya pasti anda juga mampu untuk menabung dengan sedikit wang yang anda ada sekarang. Ingatlah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Bagi saya, jumlah yang pihak penaja beri adalah sudah memadai. Cuma apabila ia ditingkatkan sama sepertimana yang dilakukan oleh JPA, ianya sedikit sebanyak dapat membantu ramai lagi pelajar jurusan Geologi dan seangkatan dengannya untuk meneruskan kelangsungan hidup bukan sahaja di IPT awam, malah juga di IPT swasta dan luar negara.







August 19, 2008 at 3:33 PM
Post a Comment