Kata-kata Hikmah

Owh.. arini sangat boring sebab aku tiada kelas. Kalau ikut perancangan, aku akan baca buku pasaran derivatif. Tapi buku tu masih belum lagi dijual. Jadi, aku bosan. Nak baca buku lain, rasa macam beban pulak. Hmmm...
Apa kata, tengah bosan-bosan ni, kita renung-renungkan beberapa kata-kata hikmah yang dihasilkan oleh para cendekiawan zaman silam. Jom...
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Hmm.. Setakat ni je la dulu ok.. Lain kali sambung lagi kata-kata hikmah ni.. Jangan risau, banyak lagi kata-kata hikmah yang akan diberikan. Cuma kena sabar je.. Hohoho..
K..
Tuesday, January 06, 2009 | 1 Comments
Akhirnya Sampai Jua...
Setelah hampir 2 minggu lebih menunggu, akhirnya sampai jua produk yang aku beli di ebay.com. Sekarang ini, aku cuba beralih minat ke hobi baru iaitu menyimpan wang asing sebagai koleksi peribadi. Hmm.. Ada beberapa gambar yang aku boleh share dengan anda semua.
Monday, January 05, 2009 | 1 Comments
Perlu atau tidak seorang kawan?

Owh.. arini, tajuk agak kontroversi sikit. Bukan apa. Ianya disebabkan oleh perbezaan pendapat setiap orang tentang insane bernama kawan. Ada kawan yang betul betul boleh jadi kawan. Tidak kurang juga kawan yang Cuma pandai ambil kesempatan terhadap diri kita ini. Walauapapun, terpulang la pada tafsiran sendiri.
Bagi pendapat peribadi saya pula, kawan ini tidak lebih hanya sebagai tempat untuk menyelesaikan sesuatu masalah duniawi. Ya, kawan sangat penting dalam diri kita, tetapi jika kita tersilap memilih kawan, kita juga yang akan merana nanti.
Untuk dewasa ini, mencari seorang kawan yang betul betul boleh dijadikan sahabat adalah amat sedikit. Tetapi ianya adalah lebih baik dari tiada langsung bukan. Apapun, terpulang la pada individu. Jika mereka merasakan kawan ituhanya sekadar untuk bersuka ria, mereka akan dapat apa yang mereka hendakkan itu. Dan sebaliknya. Pesanan dari saya, carilah kawan yang betul-betul boleh jadi kawan. Kerana jika tersilap memilih, padah sedang menanti di kemudian hari. Teruja saya terhadap pepatah arab berkaitan kawan. Bunyinya seperti begini:
Jika kita berkawan dengan orang penjual arang, kalau tidak kena arangnya, sekurang kurangnya terkena asapnya.
Jika kita berkawan dengan orang penjual minyak wangi, kalau pun tidak dapat minyaknya, sekurang-kurangnya dapat bau wanginya..
Fikir-fikirkan…
Friday, October 24, 2008 | 2 Comments
Nasihat
Nasihat itu kadang kala dapat menenangkan pemikiran dan juga perasaan. Walaupun seketika, namun jika dilihat secara positif dan keseluruhan, ianya mampu menguasai mentaliti untuk terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Tetapi, nasihat juga kadang kala membuatkan diri kita yang tadinya bersemangat menjadi lebih kurang bersemangat. Ini kerana nasihat itu dikeluarkan oleh orang yang mempunyai perbezaan pengalaman. Walaupun aku tidak pandai menghargai orang sekitar, namun aku tahu yang nasihat itu adalah senjata terbaik untuk menasihati orang lain disamping menjadi pengukur kepada kekuatan mentaliti diri sendiri. Moga-moga nasihat yang dikeluarkan itu dapat menerangi hidup penerima tersebut lantas mengubah haluan dirinya menjadi lebih baik dan secara berterusan (istiqamah).
Friday, October 24, 2008 | 1 Comments






